LESEN BERAS/RICE LICENSE

LESEN RUNCIT(BERAS)

PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON LESEN RUNCIT

A. Keterangan Ringkas

Suatu lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjual beras secara runcit dengan had muatan bermula 10,000kg.

 

1. Kriteria Kelayakan / Syarat-Syarat Permohonan

i. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau syarikat milik warganegara Malaysia
sahaja.

ii. Mempunyai premis yang sesuai dan munasabah (terletak di aras bawah,bebas dari kawasan banjir, atau syarikat milik warganegara Malaysia sahaja.

iii. Tiada Lesen Runcit Beras lain yang wujud di alamat yang sama.

 

2. Kewajipan Pemohon

1. Pelesen hendaklah melekatkan label atau tag yang menunjukkan gred dan harga beras pada kampit atau bekas beras berkenaan yang ditawarkan untuk jualan dan hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan tersebut.

2. Pemegang Lesen Runcit Beras tidak boleh mempunyai dalam stok berasnya yang lebih daripada had muatan yang ditetapkan dalam lesennya pada satu-satu masa.

3. Lesen yang lengkap ditandatangani dan cop rasmi oleh pemilik lesen hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan yang dinyatakan dalam lesen itu.

4. Lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak kepada orang lain.

5. Pelesen tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan pada lesen tanpa kelulusan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras.

6. Pelesen tidak boleh menyetor atau menyimpan beras di tempat selain daripada yang dinyatakan dalam lesen.

7. Pelesen hendaklah menyediakan suatu akaun harian bagi beras yang diperolehi atau dibeli yang disokong dengan invois, jumlah jualan dan stok dalam tangan.

8. Lesen hendaklah diperbaharui selewat-lewatnya 30 hari sebelum tamat tempoh sah lesen. Lesen akan terbatal dengan sendirinya selepas tamat tarikh sah tempoh.